Syahid Atau Mati


Salam keberkatan buat kalian. Hari ni ummi takkan tulis panjang2 mcm selalunya. Rasa ringan pula minda hari ni, tapi hati tengah berat. Ad sesuatu yang ingin ummi kongsikan, tp biarlah ianya dia suratkan dalam post kali ini. InsyaAllah.
_  _  _ _

RasuluLLah saw bersabda;Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:1. Diampunkan semua kesalahannya.2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.3. Dikahwinkan dengan bidadari.4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).5. Diselamatkan daripada seksa kubur.6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. [Hadith Riwayat Bukhari).


Ya Rasulullulah,
berikan lah syafaat-Mu nanti, 
tatkala aku terkebil2 mendongak ke langit
memohon akan syafaatmu.
Maafkan aku, kadang2 hati ini lupa..
yang sebenarnya..
    hanya ada satu cara yang bisa membantu mendapatkan syafaatmu
tapi aku tak mengejarnya.
yang aku kejar, adalah nikmat dunia.
Ya Nabiallah,
Bantulah umat-Mu ini,,
kami melihat saudara2 kami di bumi para syahid itu,
ditindas.
   Pemimpinya,
diguling. Air mata ini tak dapat dibedung isinya lagi
melihat meraka yang kecil dibunuh.
yang hawa dicabul maruahnya.
yang lelaki diseksa batinya.
mereka kejam.
Allahurabbi..

Bantulah mereka..
Seandai aku diberi peluang aku sanggup mengangkat senjata,
kalau itu sahaja pilihan yang tinggal.
atau aku mati sahaja.
Amiin.


Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.





Comments