Nak Juga! : Usrah

Selamat Petang,
Alhamdulillah hari saya mahu kongsikan satu aktiviti yang saya nak sangat2 join.
Its Usrah-lah!

Saya selalu tengok kakak kolej islam di sini berusrah, ramai ahlinya. Untuk pengetahuan semua rumah baru saya dekat saje dengan kolej universiti islam sultan azlan shah ni. Ahaa.. Jadi, saya selalu la juga tengok kakak kolej islam ni bersiar-siar waktu petang, pergi kedai, makan.. Sbb petang2 tu saya baru balik dari sek jadi tersempaklah dengan mereka.

Bagi yang dah da geng usrah ni, Alhamdulillah lah.. Allah dah memudahkan urusan kalian. Gunakan dengan sebaiknya bila berjumpa tu ok? Untuk saya. saya masih belum ada geng usrah saya.. Maklumlah saya masih bersekolah, geng study ada lah.. InsyaAllah ada rezeki saya akan jumpa mereka suatu hari nanti <3.

Setakat ni saya ada juga kawan-kawan yang saya jumpa di FB, Alhamdulillah Allah titipkan mereka untuk saya.. Saya suka tengok post-post mereka yang mengajakkan untuk buat kebaikkan. Tidak dinafikan Fb ni boleh kita gunakan sebagai tempat berusrah juga, asalkan ada rukun-rukun usrah tu. Betul tak? Tapi rasanya lagi seronok kalau jumpa dan kumpul sama-sama baru terasa dekat ukhwah tu kan?

Buat kenalan saya di FB,mahupun di sekolah. Saya sayang kalian semua. Doa saya, semoga ukhwah yang terjalin kekal sampai syurga. InsyaAllah. Amiin. :') Amiin kan ya?. Kadang-kadang mereka tak sempat nk balas,nk jawab ap yang kita soalkan. Memang lah.. mungkin mereka sibuk, masa tak cukup, kita kena faham dan doakan agar Allah permudahkan urusan mereka. Tak pun, pandai-pandailah bawa diri mengadu dengan Tuhan Yang Maha Mendengar, mungkin hikmah disebalik mereka yang sibuk adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Dia. siapa tahu? Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayangkan, :)

Akhir kata, saya mungkin jarang post lagi selepas ni sbb saya mahu fokuskan pada exam mid-year saya. InsyaAllah. Alahai, ada ke peminat blog ni? sedih ja! hek3. Assalamualaikum..






Comments