Muhasabah Diri: Lawatan Ke Tiga Universiti
Syukur dengan rahmatnya, limpahan rezeki dariNya
InsyaAllah ada kekuatan ana habiskan penulis blog ni hari ni jg.
Allahurabbi, ketika sy menulis blog ini rahmat Allah tengah turun..
Jadi ap tunggu lagi? Allahuma Soyibban Nafia',,
Hari ni, 4/5/2013
8:00a.m
Saya ada lawatan ke tiga universiti bertolak jam 9:30 pagi sampai kat UniKL,Ipoh jam 10:30. Kami dah terlambat. Tapi pihak uni tetap bagi peluang. Terima Kasih! Kat sana kami diberikan penerangan tentang kursus yg ditawarkan hanya untuk MEDIC. Kata Pn.Zah, (Pen.Ketua Sektor Pentadbir) UniKL full under MARA . Jadi saya fikir kot kalau under MARA mestilah bdk MRSM yg conquer. Fees beljr dia
11:45a.m
Kami sampai kat Politeknik Ungku Omar (betul ke spelling tu?? ) UPO. Best jg, sbb politeknik ni dia lebih pada teknikal. Kat sana ad tawaran Business. Kami dibawa jalan2 kawasan poli, mkan kemudian solat! tiba2, HUJAN! Allah, Alhamdulillah.
Antara gmbr yg sempat click phone!
![]() |
| creative!! |
![]() |
| Marine Bulding in Construction |
To QUEST! yeay!! dalam hati kawan sy yakin semua nk pergi bilik mayat. Allah.. Bila sampai disana, Allah, layanan meraka bagus sangat.. Dari A sampai Z. Dari ceramah sampai lah makanan. Ye, mereka sediakan minum ptg sekali. Penceramahnya pun bagus! Seingat saya nama Sir.Chandransea*** dia terkenal di rantau Asia tetapi tidak di Malaysia. hek3. Sir.Meor kdg2 panggil kawan2 sy terpanggil dia ustaz. Sbb betul2 nmpk mcm ustaz. Talk pasal kerjaya,taklimat kemasukkan, semunya lah. Kemudia ke makmal mereka.*jeng jeng
Semangat sangatkan. Mayatnya x da lah. Cuma kami tengok organ yg sebenar. Err.. Sy debar2 tengok. Ni baru organ. Belum betul2 mayat. Agak2 mcm mn lah eh?
ni tangan yg betul2 disiat. Original eh. Direndam dlm formalin liquid tu. Bilik tu bau formalin kuat sangat. Uweek. Ya Allah.. Bila saya dah tengok setiap organ secara 'live' ni. Terbit rasa kagum yg tak dapat digambarkan. Ya Allah.. Agungnya kebijaksaanmu,kekuasaanmu, semuanya.. Allah,Allah.. :') Sungguh saya kata
"Tiadalah akan akal pada seorang manusia itu akan sangkalannya kepada kewujudan Tuhan. Dimana letaknya akal yang diberi? tidakkah dia memikirkan bagaiman dia dibentuk? seperti yg disebut dalam kalam Allah:
" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. [QS. al-Mukminun (23):12-14] "
Dan siapa kamu untuk merasa hebat?
Akhir sekali kami bergambar ramai-ramai. Kenangan yang sukar untuk dilupakan. InsyaAllah. Terima Kasih Ya Allah..
![]() |
| Rombongan bas pertama |
6:00
sampai kat Mydin! jalan2 bagi yg solat kita solat dululah! bagi yang tidak jalan cuci mata ;)
7:30
Rumah menanti!
9:15
Saya dpt mesej dari kawan sy, dia dpt demam tengok organ2 td. Kesian dia. Sebenarnya kami masuk bilik mayat tp mayat tu tak da pun.. just organ2 sahaja.. tapi?? entahlah..
Pesan saya, bacalah zikrullah banyak2 sblm tidur, ambil wudhu, doa minta sihat dan kuatkan semangat. Masalahnya zaman sekarang terlalu bergantung dengan amalan amik air yassin, lada hitam bagai. ehh,, kejap2. Jangan marah, maksud sy, bukan TAK boleh amik air yassin semua tu, tp masalahnya 'pemikiran' kita yg mengatakan air yassin lah 'penyembuh' ! bahaya tu, Boleh jatuh hukum syirik. Kata UIA. Segala apa yg ada di atas muka bumi ni semua dengan kehendak dia. Sembuh pun Dia Yang Maha Penyembuh yg izinkan.Jadi.. Berdoa sajalah! Doa dengan penuh rasa kehambaan, sepenuh hati, dan berserah hanya kepadanya. InsyaAllah, cepat atau lambat Allah akan kabulkan cuma bentuk Dia kabulkan tu mungkin 'lain' sikit dengn ap yg kita minta. Lmbt? mungkin Allah ad perancangan yg lebih baik :)
Akhiru Kalam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W nabi junjungan kita. Juga Kekasih Agungku!






Comments