Ujian Dan Keluarga


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” (Hadith riwayat Imam Tirmizi) :.


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri .. Ingat lagi x lirik lagu ni? Dlm citer 3 Abdul yg didendangkan oleh Allahrayham P.Ramlee. Haa, Dlm kehidupan ni, pernah tak kita tengok family yg tak pernah bergaduh, tak pernah membebel, tak pernah merajuk, adk brdk sentiasa aman dan sentosa je.. pernah tak? . Sebenarnya, itu lah asam garam gula kunyit dalam berkeluarga. Hek3. Itulah kehidupan kita, kita cari penyelesaian sama2, kita duduk dan bawa b'bincang sama2. Nmpk x kemanisan yg Allah selitkan kat situ?

Mmg pada dasarnya manusia hanya melihat secara luaran masalah itu tetapi tidak pula mencari hikmah mahupun rahsia disebaliknya. Kehidupan berkeluarga adalah anugerah TERINDAH. Saya yakin semua manusia dlm muka bumi Allah ni, semuanya lahir sudah b'keluarga. Tp jgn lupa bg mereka yg tiada berkeluarga (anak2 yatim,kebajikan, dll) mereka itu adalah org2 yg terpilih. Allah syg mereka,sbb tu Allah uji mereka. Allah itu Maha Penyayangkan :) dan Ingatlah, setiap masalah ad penyelesaian.

Bila kita melihat sebuah keluarga yg mungkin agak kurang bahagia, jgnlah terus menerus memberi kata putus kpd mereka agar berpisah ataupun lari sahaja. Itu BUKAN penyelesaiannya. Sbb tu perlunya seorang teman yg sentiasa memberikan kita semangat bukan mengSERABUTkan lagi keadaan. Teman atau ahli keluarga yg baik akan setiasa memberi dorongan dan sokongan. Bukannya memberi masalah. Kita tak tahu ap yg mereka
alami. Jgn cepat mengHUKUM, siapa kita? Tuhan kah? Hari ini mungkin kita lihat dia yg diuji. Esok2 hari kita pula.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-Baqarah : 286) Mungkin kita lihat dia tak bahagia, tp siapa tahu dia yg plg bahagia drpd kita. Bukan kah Allah pernah berfirman : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139) Ujian itu meninggikan Darjat. Dia ad keluarga, dia Allah, dan selagi dia memberikan sepenuh pergantungan pd Allah dia adalah antara org2 yg beruntung (b'bhgia didunia & akhirat)



Comments