Eclipse: New Moon



haha mesti korang fikir pasal twilightkan? entry kali ni bukan lah nak cerita pasal movie tp pasal berita tergempar mengatakan gerhana bulan pada hari ini 10.12.11 . waa mcm da rancang je kan. tarikh dia pun not bad hampir nk teratur. Jangan lupa buat solat sunat gerhana mohon kebaikan moga2 lepas gerhana ini x da benda buruk berlaku. Aminn.


        Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
        Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

sumber dari harian metro online


p/s: lepas ni fenomena apa pulak berlaku?

Comments